top of page
WELCOME (7).png

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bekam Atau Cupping Therapy?

Sekiranya anda berminat dengan rawatan alternatif ini, pastinya anda pernah melihat gambar-gambar rawatan bekam bukan? Bekam adalah kaedah perubatan yang menggunakan tekanan rendah (“negative pressure”). Kaedah ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya di tamadun-tamadun terkemuka dunia seperti Tamdadun Mesir Purba, Tamadun China dan Tamadun TImur Tengah Islam. Di Malaysia, bekam amat sinonim dengan perubatan Islam bagi mereka yang beragama Islam. 

Bekam angin/darah

Saya Ada Mendengar Mengenai Dua Jenis Bekam Yang Utama. Boleh Doktor Terangkan Lebih Lanjut?

Rawatan alternatif popular ini mempunyai dua jenis yang berbeza namun sesetengah pengamal akan memberitahu masih terdapat banyak lagi jenis bekam seperti bekam kepala. Umumnya, dua jenis bekam adalah bekam angin dan bekam darah. 

A) Bekam Angin

Cara bekam angin adalah dengan meletakkan cawan khusus pada bahagian badan yang hendak dirawat seperti belakang badan seseorang. Kemudiannya, pengamal tersebut akan membakar samada herba, kertas atau sedikit larutan alkohol pada kulit yang ditekup oleh cawan bagi menghasilkan tekanan negatif diantara cawan tersebut dan kulit. Hal ini akan menyebabkan bahagian tersebut naik seperti bengkak. Sesetengah pengamal akan menggunakan mesin untuk menyedut angin keluar dari cawan khas ini bagi menghasilkan bengkak yang lebih konsisten.

B) Bekam Darah

Sebenarnya tidak banyak beza antara bekam darah mahupun angin kerana bagi prosedur bekam darah, jarum atau pisau skalpel akan digunakan untuk mengeluarkan darah dari titik rawatan yang dikenalpasti.

Apakah Benar Manfaat-Manfaat Bekam Kepada Tubuh Seseorang?

Walaupun rawatan ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya, masih tidak banyak kajian mendalam mengenai keberkesanan bekam. Terdapat beberapa potensi kebaikan berbekam yang dikenalpasti seperti:

1) Melancarkan aliran darah

Rawatan alternatif ini pada dasarnya menyebabkan saluran darah lebih jelas pada permukaan kulit disamping menyebabkannya lebih besar akibat perubahan tekanan udara diluar badan. Hasilnya aliran darah akan lebih lancar dan ini baik bagi pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi dan kencing manis

2) Kebaikan bekam muka

Kaedah berbekam pada muka mempunyai sedikit kontroversi kerana risikonya. Namun begitu, rawatan ini telah disebut boleh merawat kondisi seperti kayap, migrain, jerawat serta kelumpuhan muka akibat strok (angin ahmar) atau “Bell’s Palsy”. Kebanyakkan ahli perubatan masih lagi tidak menemui mekanisme bagaimana bekam pada muka boleh mendatangkan manfaat seperti yang disebutkan diatas. 

Oleh sebab aliran darah semakin lancar akibat perubahan tekanan pada titik bekam, maka sel-sel darah putih serta kandungan darah yang lain mudah untuk sampai ke titik tersebut dan meransang pemulihan sel serta pengeluaran sisa toksik atau kuman. Terdapat pelbagai bahaya bekam di wajah seperti risiko darah tersumbat dan menyebabkan strok ataupun buta! Oleh yang demikian, ianya jarang dipraktikkan melainkan mereka yang profesional dan berpengalaman. 

3) Melegakan penyakit-penyakit reumatik/sendi kronik

Kondisi-kondisi seperti artritis reumatik (“rheumatic arthritis”) dan gout dipercayai dapat dilegakan simptom-simptom mereka dengan kaedah bekam darah berdasarkan kenyataan daripada Persatuan Bekam British. Hal ini berkemungkinan kerana penyakit-penyakit kronik ini mempunyai lebihan penanda keradangan atau toksik seperti asid urik dalam darah yang sukar dibuang melalui air kencing. 

Oleh sebab terdapat pengeluaran darah yang terkawal dan sedikit melalui bekam darah, lebihan toksik dan penanda keradangan ini juga dapat dibuang. Ianya dipercayai akan lebih efektif sekiranya prosedur ini dilakukan pada bahagian sendi yang sakit. 

4) Merawat kondisi kulit kronik

Penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis dipercayai dapat dirawat dengan kaedah berbekam juga. Tiada bukti kukuh untuk menyokong tuntutan ini dalam aspek penyembuhan penyakit-penyakit yang dinyatakan. Pengurangan gejala dan skala simptom mungkin dapat dicapai kerana punca-punca penyakit kulit kronik ini adalah berpunca daripada serangan sistem imun sendiri pada kulit pesakit. 

Dengan membuang darah yang terkawal beserta perubahan tekanan pada titik yang dikenalpasti, rawatan alternatif ini dipercayai dapat membuang sedikit sel-sel darah putih serta penanda keradangan yang menyebabkan gejala dan penyakit kulit ini. 

5) Rawatan sampingan tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi sememangnya tidak mempunyai penawarnya lagi. Akan tetapi dengan pengambilan ubat, senaman, penjagaan makanan serta kaedah bekam darah, ianya berpotensi untuk mengawal tekanan darah tinggi dengan lebih efektif. Hal ini berikutan pembuangan garam, kolesterol dan lemak dalam darah yang umum diketahui sebagai faktor utama kepada tekanan darah tinggi juga akan dibuang dalam bekam darah. 

6) Mengurangkan tekanan/stres dan kemurungan

Mungkin anda tidak tahu bahawa penyakit keresahan dan kemurungan juga ada kaitan biologi dan perubahan hormon dan bukan sekadar psikologi semata-mata! Rawatan bekam angin atau darah disamping dengan urutan yang selalu diberikan disetiap sesi bekam dapat membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan stres. 

7) Membantu mengurangkan tekanan otot dan badan

Tahukah anda terdapat banyak atlet professional yang menggunakan rawatan alternatif ini bagi tujuan pemulihan yang lebih “natural”? Terdapat banyak atlet pada sukan Olimpik Rio 2016 yang menggunakan rawatan ini terutamanya atlet renang seperti Michael Phelps. Kelancaran aliran darah membantu otot-otot untuk mudah membuang sisa toksik selepas aktiviti bersukan secara efektif dan membantu pemulihan badan. 

Adakah berbekam lebih baik daripada menderma darah? Rawatan bekam boleh dibuat lebih berkala daripada menderma darah kerana jumlah darah yang dikeluarkan adalah lebih sedikit. Oleh itu, bekam darah dilihat lebih baik untuk melegakan penyakit kronik seperti yang dinyatakan diatas berikutan lebihan penanda keradangan yang berterusan dan sel darah putih tidak baik. 

Walaubagaimanapun, kesemua kebaikan dan manfaat yang dinyatakan diatas memerlukan penelitian lebih lanjut melalui kajian-kajian jangka panjang bagi membuat konklusi yang lebih tepat. 

titik-organ-belakang.png

Bekam darah/Blood cuping Rm75

Bekam angin Rm30

Whatsapp us for Bekam darah booking

bios 9000 (6).png

Apakah Yang Perlu Saya Berhati-Hati Jika Saya Ingin Membuat Rawatan Ini?

Antara efek sampingan bekam adalah:

  • Jangkitan kuman pada kulit dan dalam badan

  • Bengkak dan kesan cawan/bakar pada kulit

  • Kegatalan dan ketidakselesaan

  • Pendarahan dalaman kulit

  • Pening kepala dan lemah badan

Sekiranya anda ingin membuat rawatan ini, pastikan anda membuatnya di perusahaan yang bertauliah, bersih, selamat dan berpengalaman. Pengamal yang teliti akan memastikan kulit pesakit bersih atau dibersihkan selain memastikan keselesaan pesakit mereka. 

Akhir kata, perubatan alternatif ini semakin popular di tanah air kita dan setiap orang yang ingin menjalani rawatan ini perlu mengambil aspek keselamatan dan cakna akan rawatan ini agar tidak mudah tertipu dengan pengusaha yang sambil lewa.

Bekam darah/Blood cuping Rm70

Bekam angin Rm25

Whatsapp us for Bekam darah booking

bios 9000 (6).png
bios 9000 (6).png
bios 9000 (6).png
bios 9000 (8).png

Copyright © Angie Reflexology & Beauty Enterprise. All rights reserved.

Bosstechproduction 2022

bottom of page