top of page
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
T-shirt Example (2)_edited.png

"Tetapi Yesus berkata, 'Biarkan kanak-kanak itu datang kepada-Ku dan jangan larang mereka, kerana orang-orang yang empunya kerajaan sorga adalah seperti mereka ini.'"

Welcome to our Youth Community Ministry! 

Visi kami adalah untuk mencipta komuniti yang mesra dan membina tempat yang memberangsangkan di mana setiap pemuda dapat mengalami kasih tanpa syarat dan rahmat yang luas dari Penyelamat kita, Yesus Kristus. Kami percaya melalui community ini, hati Youth akan tersentuh focus dan tertuju hanya kepada Yesus yang akan mencerminkan keperibadian-Nya kepada kita.

Misi kami adalah untuk menyapa pemuda di luar komuniti gereja kami, memberi tangan persahabatan dan mesej harapan. Terinspirasi dari Firman Tuhan yang diambil Matius 19:14 (NIV), kami percaya bahawa Yesus menghendaki semua kanak-kanak datang kepada-Nya, kerana mereka memegang tempat istimewa di hati-Nya.

Kami mengundang kepada siapa sahaja yang dapat berkongsi semangat kami, menyokong kami dalam perjalanan iman dalam Kasih Yesus. Dengan bersatu dalam kasih, doa, dan kebersamaan, kita dapat mencipta impak yang kuat, memenangi lebih ramai jiwa-jiwa baru, dan membimbing mendorong  mereka dalam hubungan peribadi dengan Yesus Kristus.
 

Marilah kita menjadi wadah bagi kasih dan rahmat-Nya, menerangi kehidupan para pemuda sekeliling kita dengan harapan kekal yang terdapat dalam janji Firman Tuhan.

 

Sertailah kami dalam melaksanakan tugas komisi Kristus dan membawa generasi seterusnya untuk mengalami perjumpaan yang mengubah hidup dengan Dia yang mengasihi kita tanpa syarat. Bersama, kita dapat membuat perubahan yang berkekalan dalam kehidupan berbilang jiwa muda, menyentuh hati, dan mengubah kehidupan dengan kasih dan rahmat Yesus.

bottom of page